Header Ads

Jamal, Rakan Taja RM5,000 Sehari Belanja Warga Kota Makan Percuma 3 Tahun


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Jamal Md Yunos bersama beberapa ahli korporat yang enggan dikenali memperuntukkan RM5,000 setiap hari untuk memberi makanan dan minuman percuma kepada 1,000 warga kota selama 3 tahun.

Pengerusi Gabungan NGO 1Malaysia itu menepis dakwaan pemberian makanan percuma itu untuk meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Loading...


“Kalau sebab PRU, itu pandangan mereka. Macam saya kata, kesedaran ini datang dari sahabat saya yang telah meninggal dunia 2 bulan lepas, ketika saya kebumikan dia, itulah datang kesedaran. Dalam dunia ini, berapa banyak pun harta yang kita cari tak pergi ke mana.

“Kalau saya sendiri tak mampu lakukannya, tapi (ini hasil) sumbangan berterusan daripada rakan-rakan. Kos untuk seorang RM5. Kami dah masak (hidangan untuk) 1,000 orang memerlukan RM5,000. - FMT

No comments

Loading...