Header Ads

Guna Facebook Palsu PPBM Umum Program Batal


ALOR SETAR -  Program Rapat Umum Selamatkan Malaysia: Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi di Dataran Harapan Baru Stargate,di sini didakwa cuba disabotaj pihak tertentu.

Loading...


Satu mesej pengumuman pembatalan program didakwa atas arahan pihak berkuasa telah tersebar menggunakan akaun palsu Facebook Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Dalam notis itu,pembatalan dikatakan terpaksa dibuat atas faktor keselamatan kerana mendapat makluman bahawa seramai 300 orang rombongan Kaum Bugis akan hadir membuat bantahan di lokasi tersebut.

Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, mesej yang dimuatnaik dalam akaun Facebook palsu dibuat untuk mengaburi mata rakyat.

"Kononnya, kita keluarkan pekeliling untuk membatalkan program. Sedangkan, tiada siapa pun tahu berhubung pembatalan.

“Sebenarnya, usaha sama dilakukan pihak terbabit ketika Himpunan Kleptokrasi di Padang Timur, Petaling Jaya baru-baru ini.

Penyebaran mesej palsu itu untuk mengaburi mata rakyat. Namun,kedua-dua usaha itu gagal, katanya.

Katanya, walaupun dimaklumkan berhubung pembatalan program, rakyat tetap datang sebab mereka ternanti-nanti aktiviti sedemikian demi mendengar penerangan dari pimpinan Pakatan Harapan.

Sementara itu, Pengerusi Amanah Kedah ,Datuk Dr Ismail Salleh berkata, pihaknya turut mengesan cubaan khianat terhadap poster program ditampal sekitar bandaraya apabila muka pemimpin tertinggi Pakatan Harapan didapati diconteng pihak tertentu dengan perkataan pengkhianat.    

Bagaimanapun, katanya,cubaan pihak tidak bertanggungjawab itu tidak berjaya apabila ramai penyokong menghadiri program tersebut

"Ini bukti rakyat mahu perubahan,walaupun ada mesej sedemikian diterima rakyat,mereka tidak percaya dan tetap datang," katanya. - Sinar Online

No comments

Loading...