Header Ads

Loading...

Gol Penyamaan Pasukan Perak Adalah Sah Kata Subkhiddin


Sejak semalam pelbagai pandangan dan ulasan diberikan ramai 'pakar' bola sepak di laman sosial mengenai keputusan kontroversi pengadil yang mengadili perlawanan separuh akhir piala Malaysia antara pasukan JDT dan Perak.

Keputusan pengadil yang membatalkan gol penyamaan penyerang The Bos Gaurus, Zaquan Adha Abd Radzak telah menimbulkan rasa tidak puas hati penyokong Perak.

Loading...

Jaringan itu dibatalkan selepas didakwa ofsaid tetapi sebenarnya jaringan berkenaan didakwa satu jaringan yang sah dengan gol patut diberikan kepada pasukan itu.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Subkhiddin Mohd Salleh, beliau mengakui pengadil serta pembantu pengadil kedua pada perlawanan itu sudah tersilap tafsir mengenai jaringan terbabit.

Keputusan dibuat selepas mereka sudah berusaha untuk mendapatkan keputusan yang tepat menerusi perbincangan mengenai insiden terbabit.

Subkhiddin yang juga bekas pengadil Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) itu menyatakan kesilapan pengadil dan pembantunya merupakan satu keputusan yang sungguh berat untuk diterima kerana ia membabitkan perlawanan berskala besar.

"Pemain JDT, (S Kunanlan) mendapat tekanan daripada perasaannya sendiri untuk menghalang daripada bola terlepas ke pihak lawan iaitu pemain Perak (Zaquan), sedangkan Zaquan hanya bergerak tanpa menghalang sebarang perbuatan Kunanlan untuk memainkan bola.


"Pembantu pengadil tersalah tafsir apabila dia melihat Zaquan berada pada posisi ofsaid dan hampir dengan Kunanlan.

"Begitulah realitinya pandangan yang bakal dilihat oleh pembantu pengadil dan berbeza dengan pandangan pengadil atau pembantu pengadil yang lain.


"Dalam situasi itu, gol dijaringkan disebabkan kelemahan Kunanlan sendiri. Jadi, jaringan itu seharusnya dibenarkan dan permainan perlu diteruskan dengan sepak mula oleh pasukan JDT.

"Bagaimanapun, sukar untuk melihat situasi secara realiti di atas padang jika hendak dibandingkan dengan penilaian yang begitu mudah untuk ditafsir menerusi rakaman video saja," katanya dipetik laporan Berita Harian.

Pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia yang berlangsung di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, malam tadi, hantaran lintang yang dibuat Gilmar tiba di depan pintu gol JDT dan Kunanlan dilihat menampan masuk hantaran terbabit ke gawang sendiri untuk gol penyamaan pelawat.

Namun, jaringan itu dibatalkan pengadil perlawanan, Mohd Zohri Tajuddin selepas pembantu pengadil kedua, Nojey Naking menyatakan Zaquan yang berada dalam kedudukan ofsaid menyentuh hantaran itu untuk menyumbat gol buat Perak.

-- BH Online

No comments

Loading...
loading...