Header Ads

Loading...

[FOTO] Van Kilang Berpusing Dirempuh Myvi, 10 Penumpang Van Tercampak Keluar Atas Jalan, 2 Maut



Tragedi kemalangan yang berlaku pada 5.55 pagi di Jalan Sungai Petani-Tikam Batu, dekat Kampung Padang Buluh, Sungai Petani awal pagi ini telah menyebabkan dua maut manakala sebelas cedera dan dua parah, lapor Harian Metro.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku selepas kereta Myvi yang bergerak dari Tikam Batu merempuh van kilang bergerak dari Sungai Petani.


Loading...
Van yang dinaiki 10 orang termasuk pemandu dalam perjalanan ke kilang Sony di Kawasan Perindustrian Prai, Pulau Pinang hilang kawalan selepas rempuh menyebabkan ianya berpusing beberapa kali sebelum kesemua yang di dalam tercampak keluar di mana seorang terperosok di bawah kereta.

Mereka yang maut dalam tragedi kemalangan itu adalah pemandu kereta Myvi yang tersepit dan seorang wanita pekerja kilang yang maut di lokasi kejadian.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Tikam Batu, memberitahu pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.01 pagi.


Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, mereka mendapati semua penumpang van berada di atas jalan manakala pemandu van dan kereta tersepit di tempat duduk.

"Tindakan segera diambil dengan mengeluar tiga mangsa yang tersepit. Semua mangsa kemudian dihantar ke HSAH.


"Pekerja yang terperosok bawah kereta dikeluarkan.


"Semua mangsa yang cedera kemudian dihantar ke HSAH menggunakan ambulans EMRS dan hospital," 
katanya.





No comments

Loading...