Header Ads

[Foto] Shafie Tiba Di Mahkamah Dengan Ambulans

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tiba di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu dengan menaiki ambulans. - Foto: BH Online

KOTA KINABALU: Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) malam tadi, tiba di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu petang ini bagi proses mendapatkan perintah tahanan reman.

Beliau tiba menaiki ambulans pada jam 2.25 petang tadi dari Hospital Queen Elizabeth (QEH), di sini, lapor BH Online.

Loading...

Mohd Shafie yang juga bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dimasukkan ke hospital itu lewat malam tadi kerana tekanan darah tinggi.
Sementara itu, kira-kira 200 penyokong Warisan memakai baju jingga kelihatan berkumpul di luar kompleks mahkamah sejak jam 2 petang tadi.

Mohd Shafie ditahan SPRM jam 9 malam tadi selepas dipanggil memberi keterangan di ibu pejabat SPRM Sabah berhubung siasatan penyelewengan dana RM1.5 bilion.

Ia membabitkan projek luar bandar Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang diterajuinya dari tahun 2009 hingga 2015.

Penyokong Warisan yang berkumpul di luar Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu - Foto: BH Online



No comments

Loading...