Header Ads

Loading...

Ditikam Pisau Pemotong Sayur Ketika Bergaduh


SIBU: Seorang lelaki terpaksa menerima 10 jahitan pada dada selepas ditikam dalam pergaduhan di Sibu Jaya, di sini tengah hari.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, mangsa yang berusia 53 tahun dikatakan bertengkar dengan seorang rakannya di hadapan pusat beli belah sebelum ditikam menggunakan pisau pemotong sayur.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zailanni Amit, berkata kejadian dimaklumkan orang ramai kepada anggota polis yang kebetulan melakukam rondaan rutin cegah jenayah di kawasan berkenaan, lapor BH Online.

"Sejurus tiba, mangsa ditemui dalam keadaan duduk sambil mengerang kesakitan dan menekup bahagian dadanya yang berdarah sebelum bantuan segera diberikan.


Loading...
"Suspek pula cuba melarikan diri, namun berjaya ditahan anggota bertugas," katanya ketika dihubungi BH hari ini.

Katanya, mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Sibu bagi mendapatkan rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil.

"Penahanan suspek berusia 24 tahun itu turut membawa kepada penemuan senjata digunakan dalam insiden pergaduhan berkenaan," katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati mangsa dan suspek yang bekerja sebagai buruh dipercayai di bawah pengaruh alkohol ketika pergaduhan.

"Suspek akan direman untuk siasatan lanjut dan akan dirujuk kepada pihak narkotik bagi tujuan ujian saringan air kencing. Kes kini disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

"Jika sabit kesalahan, suspek boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan," katanya.

No comments

Loading...
loading...