Header Ads

Loading...

Boy Iman Muat Naik Status Di Facebook Isu Yusuf Azmi?


Kajang, 24 Okt – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Yusuf Azmi dan rakannya Ali Salimin hari ini dibawa ke Mahkamah Kajang untuk didakwa atas tuduhan menceroboh sebuah kedai pajak Julai lalu.

Namun, pelakon dan usahawan Datuk Boy Iman yang didakwa melakukan penipuan penjualan rumah melalui syarikat DBI Homes telah memuat naik satu gambar di laman Facebook miliknya, pagi tadi.


Loading...
“Kau rasa apa yang aku rasa setelah kau memfitnah dan menganiaya aku.

“Allah tak pernah tidur! Alhamdulillah,” tulisnya di laman Facebook.

Sebelum ini, tular rakaman di laman Facebook memaparkan suasana kecoh yang dicetus wakil Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)  dalam satu sidang media tertutup mengenai isu kontroversi projek banglo mini anjuran DBI Technology Sdn. Bhd.

Malah seorang akauntan DBI yang tidak membenarkan wakil PPIM masuk mengikuti sidang media berkenaan juga antara punca keadaan di luar dewan bertukar menjadi kecoh.

-- malaysiastylonews

No comments

Loading...
loading...