Header Ads

Loading...

Boy Iman Kena Tahan Reman Dua Hari


PENGARAH Urusan DBI Properties Datuk Nuruliman A Rahman atau dikenali Boy Iman ditahan reman selama dua hari bagi membantu siasatan berhubung penipuan jualan rumah membabitkan nilai RM6.2 juta.

Perintah tahanan reman suspek berusia 37 tahun itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Muar Nor' Iza Mohamed hari ini mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan lapor My Metro.


Loading...
Suspek dilihat dibawa ke mahkamah dengan tangan bergari dan dipeluk erat anggota polis kira-kira 9 pagi hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani sebelum ini dilaporkan berkata, suspek ditahan di Balai Polis Bukit Indah, Ampang kelmarin.

Jumlah laporan berkaitan penipuan jualan rumah yang dilakukan DBI Properties dan Syarikat Juta Kelulut Global Resources (SJKGR) meningkat daripada 188 kepada 201 laporan. 

No comments

Loading...
loading...