Benjy Berdepan Hukuman Penjara 14 Tahun
PELAKON, Khaerryl Benjamin
Ibrahim,38, atau lebih dikenali sebagai Benjy berhadapan kemungkinan
dihukum penjara 14 tahun atas dakwaan menyeludup dadah jenis syabu seberat 4.5
gram ke Indonesia.
Memetik laporan Tribun Medan, pihak pendakwaan di Mahkamah
Daerah Medan pada Rabu memohon hukuman berkenaan dijatuhkan ke atas Benjy
kerana melanggar Undang-Undang Narkotik 209 negara itu.
Sementara itu, Ketua Hakim Mahkamah Daerah Medan, Wahyu
Prasetyo Wibowo memberitahu, bahawa akan memberi tempoh seminggu buat Benjy
untuk mengemukakan hujahan bertulis untuk tujuan pembelaan diri.
Loading...
"Adakah anda akan membuat pembelaan diri?.
"Diberi waktu satu minggu, anda siapkan ya secara
tertulis. Anda siapkan?" ujarnya lagi.
Benjy mengangguk tanda faham dan lantaran itu hakim menutup
sidang mahkamah.
Pelakon berkenaan ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuala Namu, Medan, pada 18 April lalu bersama dadah yang dilaporkan
disembunyikan pada bahagian duburnya. - Sinar Online
Post a Comment