Header Ads

Loading...

Bekas Timbalan Ketua Pangarah JPJ Didenda Maksimum


PUTRAJAYA: Bekas Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Yusoff Ayob dikenakan denda maksimum RM2,000 selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret di sini sebentar tadi kerana memandu di lorong kecemasan, tahun lalu.
Majistret Muhammad Zaki Abd. Kudos menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati beliau bersalah terhadap tuduhan berkenaan.

Loading...
Beliau yang dipindahkan ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebagai pegawai tadbir dan diplomatik (PTD), didakwa melakukan kesalahan itu ketika memandu kenderaan bernombor pendaftaran BLY 68 di Lingkaran Putrajaya pada pukul 6.27 petang, 7 Oktober tahun lalu.
Beliau didakwa mengikut Kaedah 53(1) Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan Raya 1959 dan didenda mengikut Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan denda maksimum RM2,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya.
- Utusan Online

No comments

Loading...
loading...