Header Ads

2 Lagi Anggota TLDM Cedera Dalam Tahanan


IPOH: Dua lagi anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dilaporkan cedera ketika ditahan di Pusat Tahanan Unit Sungai Wangi, Sitiawan, semalam.

Sebelum ini, dua anggota dilaporkan meninggal dunia di pusat tahanan berkenaan selepas dipercayai dipukul dengan objek tumpul.

Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan, berkata mangsa yang cedera kini menerima rawatan di wad biasa Hospital Seri Manjung.


Loading...
Katanya, berikutan itu, dua anggota Provos Tentera Laut (PROTELA) TLDM, yang bertugas di pusat tahanan itu turut ditahan semalam dan akan direman bagi membantu siasatan.

Katanya, polis akan mendapatkan permohonan reman di Mahkamah Majistret Seri Manjung, hari ini.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 325/506 Kanun Keseksaan dan polis akan menjalankan siasatan untuk mengetahui apakah yang berlaku dan siapakah pelaku sebenar kejadian berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri, di sini, hari ini.

Hasnan berkata, kedua-dua suspek berusia 29 tahun dan 37 tahun, manakala kedua-dua mangsa berusia 30 tahun.

"Terdapat kecederaan yang hampir sama pada dua mangsa dengan dua mangsa yang maut sebelum ini.

"Kedua-dua suspek adalah pengawal yang bertugas syif sama dan menjalankan latihan fizikal terhadap mangsa.

"Kami dalam proses untuk merakam percakapan mangsa di hospital dan akan menjalankan siasatan forensik daripada kamera litar tertutup (CCTV) yang dirampas dari pusat tahanan berkenaan.

"Siasatan akan dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung bersama Jabatan Siasatan Jenayah Negeri," katanya. - BH Online

No comments

Loading...