Header Ads

2 Anggota Kongsi Gelap Geng 35 Dihadapkan Ke Mahkamah


SUNGAI PETANI: Dua lelaki yang juga anggota kongsi gelap dikenali Geng 35 dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dakwaan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang itu di daerah ini sejak dua tahun lalu.

S Jagan, 23 dan S Ramachandran, 26, masing-masing bekas pengawal keselamatan didakwa menyertai geng berkenaan sejak awal Januari 2015 sehingga hujung September lalu.

Menurut laporan portal berita BH Online, kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Subseksyen 130V(1) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang mana boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun jika sabit kesalahan.


Loading...
Sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan di hadapan Hakim Priscilla Hemalini Nadarajan, kedua-duanya mengangguk faham, namun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada mereka.

Hakim tidak membenarkan sebarang jaminan dikenakan terhadap tertuduh dan menetapkan 29 Oktober ini sebagai tarikh sebutan semula, dengan kes akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Alor Setar.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Fadzlan Mohd Noor, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Jagan dan Ramachandran yang berasal dari daerah ini dibawa ke mahkamah jam 9 pagi dengan dikawal ketat anggota Unit Jenayah Berat (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri.

No comments

Loading...