Header Ads

Zambry Sekali Lagi Pandu Lori, Kutip Sampah Dengan Exco

Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan barisan Exco kerajaan negeri sekali lagi memandu lori dan melakukan kerja pembersihan. - Foto: Berita Harian

KAMPAR, 26 Sept — Datuk Seri Zambry Abdul Kadir hari ini sekali lagi memandu lori dan melakukan kerja pembersihan bersama barisan exco Perak.

Berpakaian pekerja am Majlis Daerah Kampar, beliau melaksanakan tugas itu bersama 120 pekerja pihak berkuasa tempatan itu di sekitar Malim Nawar.


Loading...

Menteri besar Perak turut meninjau pasar di situ dan beramah mesra sebagai sebahagian program permukiman di daerah Batang Padang dan Kampar.

“Ini (kutip sampah) bukan soal publisiti murahan politik, jadi saya nak tegur pembangkang, cukup-cukuplahlah ...” katanya seperti dilapor Berita Harian.

“Sebenarnya rakyat sendiri boleh memikirkan mana perkara buruk dan baik.”

Pada Februari lalu, beliau menyertai kerja pembersihan dan pemunggahan sampah di Ipoh bersama datuk bandar dan stafnya bermula 6.30 hingga 9 pagi.

Mengulas kecaman pembangkang susulan tindakannya dulu, Zambry berkata beliau tetap mahu meneruskan program ini.

“Biarlah pembangkang mereka dengan kritikan yang dilemparkan tetapi yang paling penting kita akan terus melaksanakan program Perak Yang bersih untuk menanam minda mengenai kepentingan menjaga kebersihan kepada masyarakat,” katanya.

No comments

Loading...