Header Ads

Loading...

YDP Agong Hadir Beri Penghormatan Terakhir


ALOR SETAR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V mencemar duli memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Anak Bukit.

Baginda tiba di Balai Penghadapan sekitar 12.30 tengah hari.

Menurut sumber sinar online lagi, beberapa kenamaan turut memberikan penghormatan antaranya, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Terdahulu, sembahyang jenazah Almarhum diimamkan Mufti Kedah, Sheikh Fadzil Ahmad sekitar 10.30 pagi tadi.

Rakyat jelata turut memenuhi pekarangan Istana Anak Bukit sejak 9.00 pagi sebelum dibenarkan masuk ke Balai Penghadapan untuk memberi penghormatan terakhir.

Istiadat permasyuran Raja Muda, Tan Sri Tunku Salehuddin Almarhum Sultan Badlishah sebagai Sultan Kedah akan berlangsung sekitar 1.30 tengah hari.

No comments

Loading...
loading...