Header Ads

Loading...

[VIDEO] Wanita Patah Tulang Belakang, Terjatuh Dari Tingkat 5 HSB


ALOR SETAR - Seorang wanita berusia 33 tahun mengalami patah tulang belakang selepas terjatuh dari tingkat lima bangun Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) , petang tadi.

Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata,  kejadian itu berlaku, kira-kira jam 5.30 petang ketika, mangsa  berkunjung ke hospital untuk melawat sahabat.

"Siasatan awal mendapati, mangsa terjatuh dari tingkat lima bangunan bangunan berkenaan" katanya dalam kenyataan kepada media, di sini, hari ini.


Loading...

Bagaimanapun, beliau berkata, mangsa kini dalam keadaan stabil dan  menerima rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma HSB.

"Mangsa dalam keadaan  sedar, dia kini menunggu untuk ujian dan rawatan lanjut,"katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Yazri Ismail berkata berdasarkan maklumat daripada keluarga mangsa mengesahkan wanita itu mengalami masalah mental.

"Mangsa didapati pergi ke hospital pada  waktu  melawat tanpa tujuan. Wanita berkenaan  didapati  melompat keluar menerusi tingkap wad sebelum dia terjatuh dari tingkat lima  bangunan berkenaan," katanya seperti dilapor Sinar harian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh diri.

Berdasarkan keterangan polis daripada  pengadu merupakan pengawal keselamatan hospital bertugas di Wad 5C, HSB mendapati ketika dia  bersama seorang rakan tugasnya sedang bertugas di ruang legar Wad 5D.

Pengadu menyedari seorang perempuan Cina membuka tingkap cermin dan cuba keluar melalui cermin.

Pengadu dan rakan setugasnya cuba menghampiri mangsa  tetapi dia menolak pengadu menghalang dari menariknya.

Walaupun, pengadu cuba memujuk mangsa tetapi terus terjun dari tingkat lima wad berkenaan dan terjatuh ke atas bumbung lobi wad di laluan wad diraja.

Pengawal keselamatan  memaklumkan kejadian sebelum bantuan kecemasan dari pihak perubatan.

Pegawai perubatan merawat mangsa mengesahkan kecederaan parah iaitu pendarahan di belakang kepala, patah tulang belakang, patah tumit dan retak tulang pinggul.

Mangsa kini dirawat di Zon Merah untuk rawatan lanjut difahamkan mengalami kemurungan daripada maklumat diterima  daripada waris mangsa. Namun, dia tidak pernah menerima sebarang rawatan.

Mangsa tidak bekerja dan hanya tinggal bersama ibunya di rumah dan masih belum berkahwin.


No comments

Loading...