Header Ads

Loading...

[VIDEO] Walaupun Tulis terbalik, Tetapi Pintar Sering Dapat Nombor Satu


PETALING JAYA, 26 Sept — Seorang kanak-kanak lelaki memiliki pencapaian akademik yang baik sekalipun menulis secara terbalik.

Malah, Muhd Zaidhani Zaidan Norhisam, 9, yang gemar suka melukis komik, mampu menulis dengan cantik dan kemas, lapor mStar Online.

Bapanya Norhisam A. Rahim, 39, tidak bercadang membawa anaknya berjumpa doktor kerana menganggap anaknya normal.


Loading...

“Prestasi pelajaran dia juga sangat bagus. Selalu dapat nombor satu atau dua di dalam kelas,” katanya.

Norhisam, bapa enam anak hanya mengetahui “kebolehan” Muhd Zaidhani selepas video anaknya menular dalam media sosial.

Beliau yang mendakwa tidak pernah seumur hidupnya melihat kebolehan seumpama itu berkata Muhd Zaidhani tidak mengalami sebarang masalah di sekolah.

Namun, ada warga internet mengaitkan pelakuan itu sebagai tanda Disleksia, sejenis gangguan perkembangan terhadap kebolehan seseorang kanak-kanak.


No comments

Loading...