Header Ads

Loading...

TPM: Polis Diarah Hentikan Pesta Arak


BEIJING: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah diarah untuk menghentikan penganjuran pesta arak "Better Beer Festival 2017", di mana sahaja lokasi ia diadakan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata perkara itu adalah di bawah bidang kuasa polis untuk ditangani.‪

 ‪"Itu di bawah bidang kuasa polis dan saya telah arah (untuk menghentikannya)," katanya pada sidang media bersama media Malaysia, di sini, hari ini.


Loading...

Yang turut hadir, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun; Duta Besar Malaysia ke China, Datuk Zainuddin Yahya dan Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mustafa Ibrahim.

‪ ‪Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri mengulas kedegilan pihak penganjur yang dilaporkan akan beralih lokasi selepas permohonan mereka mengadakan pesta itu di ibu negara ditolak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

‪ ‪ Mengulas lanjut, Mohamad Fuzi berkata, polis tidak akan bertangungjawab sekiranya penganjur masih berdegil dengan larangan yang sudah dikeluarkan pihak berkuasa.

‪ ‪"Kita sudah kata tak boleh buat, kita akan halanglah. Kalau kita perlu bertegas, kita akan bertegas," katanya.

‪ ‪Katanya, PDRM dari semasa ke semasa akan memantau selepas ada laporan kemungkinan serangan pengganas ketika pesta berlangsung.

‪ ‪"Kita tak boleh berkompromi kalau ia membabitkan unsur yang boleh menjejaskan keselamatan, terutama yang membabitkan imej rakyat dan negara," katanya.

‪ ‪Sebelum ini,  Mohamad Fuzi dilaporkan berkata, larangan penganjuran pesta dijadualkan di Solaris Dutamas, Kuala Lumpur itu dibuat kerana dikhuatiri menjadi sasaran serangan kumpulan militan.

No comments

Loading...