Header Ads

Sultan Kedah Mangkat, Sultan Nazrin Titah Perak Kibar Bendera Separuh Tiang


IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan semua bendera di negeri Perak dikibar separuh tiang sebagai tanda turut bersedih dan dukacita rakyat negeri Perak atas kemangkatan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Al-Haj.

Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada petang Isnin berkata, baginda menitahkan supaya semua bendera di negeri Perak dikibarkan separa tiang sehingga selesai istiadat pemakaman, lapor Astro Awani.

Media tempatan melaporkan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah mangkat di Istana Anak Bukit kira-kira pukul 2.30 petang tadi.

No comments

Loading...