Header Ads

Setiausaha Politik Menteri Ditahan SPRM

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmadi ketika dalam sidang media selepas Program Kembara Jelajah Anti Rasuah 2017 di Sekolah Kebangsaan Hashim Awang disini tadi - Foto: Sinar Harian

KEPALA BATAS - Setiausaha politik kepada seorang menteri kabinet ditahan ketika memberi keterangan kepada SPRM berhubung kes penyelewengan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).

Suspek dipercayai bergelar datuk berusia 61 tahun itu merupakan ahli biasa sebuah parti politik di Serian ditahan ketika memberi keterangan di ibu pejabat SPRM, Putrajaya kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi.

Menurut Sinar Harian penahanan tersebut disahkan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad dalam sidang media selepas Program Kembara Jelajah Anti Rasuah 2017 di Sekolah Kebangsaan Hashim Awang di sini tadi.


Loading...
Terdahulu, pada 13 September lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan empat individu termasuk seorang yang bergelar Datuk selepas disyaki terlibat dalam penyelewengan wang peruntukan yang disalurkan kepada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).

SPRM dalam satu kenyataan memberitahu mereka yang ditahan terdiri daripada Ketua Eksekutif PTPK, Setiausaha PTPK, Penolong Pegawai Kewangan PTPK dan seorang pengarah sebuah syarikat bergelar Dr.

Kesemua mereka ditahan di beberapa lokasi di Kuala Lumpur antara jam 4.30 petang dan 6 petang dalam satu operasi yang dilancarkan SPRM.

Ketiga-tiga pegawai PTPK tersebut dipercayai telah bersubahat dengan pengarah syarikat tersebut untuk penyelewengan wang yang diperuntukkan Kerajaan Persekutuan untuk mengendalikan program-program latihan kemahiran kepada mereka yang tidak mempunyai pekerjaan.

Menurut sumber, maklumat awal yang diperolehi mendapati keempat-empat mereka dipercayai telah menyelewengkan hampir RM40 juta pada tahun 2016 dan 2017.

Katanya, pada tahun 2016, kerajaan telah memperuntukkan RM35 juta manakala RM40 juta pada tahun ini untuk mengendalikan program-program latihan tersebut.

Siasatan awal mendapati pada tahun 2016, mereka telah menyeleweng sebanyak RM15 juta manakala RM25 juta pada tahun ini.

Ketiga-tiga pegawai itu juga telah berpakat dengan pengarah syarikat tersebut dan meluluskan 15 buah  syarikat miliknya untuk mengendalikan program-program tersebut.

No comments

Loading...