Header Ads

Loading...

Selepas Dr Mahathir Hadir Beri Keterangan, RCI Bank Negara Tamat

Tun Dr Mahathir Mohamad - Foto: The Malaysian Insight

PUTRAJAYA, 19 Sept — Prosiding siasatan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) kerugian Bank Negara Malaysia (BNM) ditutup hari ini.

Semalam ia mendengar keterangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin.

Dr Mahathir berkata beliau hanya mengetahui kerugian RM5 bilion selepas dimaklumkan oleh menteri kewangan ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sementara Daim pula berkata beliau tidak dimaklumkan urus niaga tukaran wang asing yang menyebabkan bank pusat itu rugi berbilion-bilion ringgit.

Berita Harian melaporkan saksi ke-25 hari ini Tan Sri Ishak Tadin sepatutnya memberi keterangan, namun tidak dapat berbuat demikian.


Loading...
Anak saksi terakhir itu Rizal memaklumkan kepada pegawai pengendali Datuk Suhaimi Ibrahim bahawa bapanya mengalami masalah “memori singkat”.

“Umur dia 85 tahun, tapi kalau tanya, dia akan menjawab 70 tahun kerana beliau tidak rasa seperti berusia 85 tahun,” kata anak bekas ketua audit negara itu.

Utusan Online pula memetik pengerusi RCI Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang mengarahkan semua pihak memfailkan hujah bertulis sebelum 5 petag Khamis ini.

Prosiding itu yang diadakan di Istana Kehakiman di sini sejak 21 Ogos lalu akan memasukkan 42 dokumen sebagai keterangan.

Suruhanjaya itu diberikan tempoh sehingga 13 Oktober ini untuk menyiapkan laporannya berhubung kerugian bank pusat itu antara hujung 1980-an hingga awal 1990-an. - Malay Mail Online


No comments

Loading...
loading...