Header Ads

Loading...

Selepas Ditegur Sultan Johor, Pengusaha Dobi 'Muslim Sahaja' Mohon Maaf

Foto dobi hanya untuk 'Muslim sahaja' yang tular di laman sosial

MUAR - "Saya kesal dengan isu ini dan saya minta maaf atas apa yang berlaku. 

Saya akur akan arahan Sultan Johor," demikian luahan pemilik dobi yang terletak di Jalan Junid, di sini, selepas tindakannya yang meletakkan papan tanda 'Mesra Muslim' di tempat perniagaannya itu menjadi tular di laman sosial.

Pemilik yang enggan dikenali itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut namun mengakui telah mengangkat papan tanda berkenaan pada jam 10 pagi tadi.


Loading...

Katanya, dia tidak menyedari tindakannya itu telah mengundang isu sensitiviti kepada beberapa pihak.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian mendapati beberapa mesin cuci di dobi berkenaan masih beroperasi seperti biasa namun tiada lagi papan tanda 'Mesra Muslim' diletakkan di pekarangan kedai.

Terdahulu, sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan Sultan Johor bertitah agar pemilik dobi mengubah konsep perniagaan atau baginda sendiri akan mengambil tindakan.

Pusat dobi yang masih beroperasi tanpa papan tanda 'Mesra Muslim', hari ini. - Foto: The Star

No comments

Loading...