Header Ads

RCI Forex BNM: DR M Beri Keterangan Isnin Ini

Foto: Free Malaysia Today

DR Mahathir Mohamad dipanggil untuk memberikan keterangan di hadapan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang menyiasat kerugian urus niaga mata wang asing Bank Negara Malaysia semasa beliau jadi perdana menteri.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu dijadual memberikan keterangannya pada 11 pagi Isnin ini, kemungkinan akan menjadi saksi ke-23 dipanggil memberikan keterangan mengenai kerugian berbilion ringgit yang dialami Bank Negara Malaysia (BNM) antara 1988 hingga 1994 itu.

Peguamnya, Mohamed Haniff Khatri Abdulla bagaimanapun berkata Dr Mahathir mahu merakamkan kenyataannya sebelum hadir ke suruhanjaya itu.

“Semua 20 saksi sebelum ini diberi kebenaran menyediakan keterangan bertulis. Kami mahu mereka memberikan kebenaran yang sama kepada Tun Dr Mahathir Mohamad,” kata Haniff. – 12 September, 2017.


-- The Malaysian Insight

No comments

Loading...