Header Ads

Loading...

Rakyat Malaysia Tempah Hypercar 'Project One' Mercedes-AMG Bernilai RM11.4 Juta


Mercedez-Benz Malaysia (MBM) mengesahkan seorang hartawan dari Malaysia sudah  menempah kenderaan hyper keluaran Mercedes dikenali dengan nama 'Project One'  yang akan dijual dengan harga EURO 2.275 juta (RM11.36 juta).
Memetik laporan portal automotif tempatan, Carlist.my, kenderaan keluaran  bahagian prestasi Mercedes, AMG, dengan kerjasama bersama Petronas itu dikenali  sebagai 'Project One'.
Mula diperkenalkan Pameran Kenderaan IAA Frankfurt minggu lalu, kelahiran  'Project One' adalah bersempena ulang tahun Mercedes-AMG ke Malaysia.


Dikuasakan dengan enjin utama 1.6 liter V6, hypercar ini diganding bersama empat lagi motor menggunakan teknologi hibrid Formula 1 (F1) membolehkannya menjana  sekurang-kurangnya 1,000 kuasa kuda.
Kata Mercedes-AMG, 'Project One' boleh memecut sehingga lebih 350 km/j.
Enjin utama berkuasa turbo dan empat motor elektrik berkenaan akan bergerak  seiringan bagi mengoptimumkan setiap kuasa yang dijana agar tiada pembaziran  kuasa berlaku.

Loading...
Ianya sama seperti teknologi Sistem Pemulihan Kuasa Kinetik (Kinetic Energy  Recovery System - KERS) yang digunakan dalam setiap kereta F1.
KERS mengumpul setiap lebihan kuasa kinetik dijana daripada enjin utamanya yang  tidak dipakai seperti sewaktu 'braking', pecutan anti-klimaks dan sebagainya  pada motor elektrik.
Kuasa terkumpul berkenaan akan digunakan sewaktu pendikit ditekan lantas setiap  motor akan mengoptimumkan lebihan kuasa dengan memberi tujahan di setiap tayar.
Rev maksima 'Project One' ditetapkan pada 11,000 rpm, kurang 2,500 daripada  enjin digunakan pada jetera luma Mercedes-AMG Petronas F1.


Dimuatkan juga dengan teknologi hibdrid, kenderaan ini juga boleh digunakan  sebagai kenderaan harian untuk ke tempat kerja atau pemanduan santai.
Dan sekiranya anda berada dalam 'mood liar', tutup sahaja suis EV (elektrik) dan 'Project One' akan memecut sehingga perut anda kecut.
Mengenai rakyat Malaysia yang membeli 'Project One', MBM walaubagaimanapun  enggan mendedahkan identiti individu berkenaan serta jumlah yang akan dijual di  Malaysia.
Siapa jua yang membelinya pasti bertuah kerana 'Project One' adalah satu-satunya kenderaan atas jalan keluaran Mercedes yang mempunyai teknologi paling serupa dengan kereta F1  sebenar. - Malaysian Digest

No comments

Loading...