Header Ads

Loading...

Rakyat Malaysia Ditahan Serang Pasangan Depan Masjid


ROM - ITALI. Seorang rakyat Malaysia ditahan malam Ahad lepas selepas menyerang sepasang kekasih yang jalan berpegangan tangan di hadapan masjid di Esquilino.

Menurut laporan agensi berita Ansa, pasangan tersebut juga didakwa bercium dan penyerang yang berumur 24 tahun memberitahu mereka 'anda tidak boleh bercium di hadapan masjid'.


Loading...
Mangsa wanita kemudian ditolak manakala pasangannya ditendang.

Polis yang tiba tidak lama kemudian juga telah diserang oleh lelaki berkenaan.

Seorang anggota polis cedera dalam serangan tersebut.

-- Sinar Harian

No comments

Loading...