Header Ads

Pusat tahfiz tiada kelulusan bomba, DBKL, kata menteri


KUALA LUMPUR, 14 Sept ― Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah tiada kelulusan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Menteri Wilayah Persekutuan berkata kelulusan itu perlu untuk sesebuah pusat tahfiz menjalankan aktiviti pengajian.

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata pusat tahfiz itu tidak memenuhi piawai keselamatan kerana hanya ada satu laluan keluar masuk ke tingkat atas, lapor malaymail online.

"Berdasarkan tinjauan bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), kita dapati wujud kesalahan kerana premis ini hanya mempunyai satu laluan. Ia berbahaya dari segi keselamatan," katanya.

Beliau juga sudah mengarahkan pegawai kementeriannya dan DBKL memeriksa semua pusat tahfiz di ibu negara dan Putrajaya.

"Kadang-kadang bila kita tegur dan suruh tutup sesebuah premis, saya dan DBKL dimarahi dan dikatakan berlaku tidak adil namun sebenarnya kita tidak mahu perkara seperti ini berlaku," katanya.

Seramai 25 orang termasuk 23 pelajar rentung dengan sebahagian mereka dikatakan gagal menyelamatkan diri dalam kebakaran ketika azan subuh.

No comments

Loading...