Header Ads

PM Umum Bina 2,010 Unit Rumah Transit Belia Siap Tahun 2020

Datuk Seri Najib Tun Razak melihat model Perumahan Transit Belia - Foto: Utusan online

KUALA LUMPUR 18 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembinaan 2,010 unit Perumahan Transit Belia di mukim Batu yang dijangka siap sepenuhnya pada 2020.

Perdana Menteri berkata, pembinaan projek perumahan itu merupakan antara janji yang dikotakan kerajaan sebagaimana dibentangkan dalam Bajet 2017, tahun lalu.


Katanya, kadar sewa yang ditawarkan untuk projek perumahan itu ialah 30 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran, lapor Utusan Online.

“Untuk sebuah rumah studio satu bilik berkeluasan 400 kaki persegi, kadar sewanya ialah RM400 manakala untuk rumah studio dua bilik berkeluasan 550 kaki persegi pula sebanyak RM550.


Loading...
“Apa yang unik ialah konsep sewa sambil menabung diperkenalkan. Bermakna kalau mereka sewa RM400, RM250 akan dimasukkan dalam tabung dan apabila cukup lima tahun, mereka akan mempunyai RM15,000 yang boleh digunakan sebagai deposit beli kediaman baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis penyerahan kunci Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Aman dan pelancaran Perumahan Transit Belia di Kepong dekat sini, hari ini.

Yang turut hadir ialah bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi; Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar; Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

No comments

Loading...