Header Ads

PM Sedang Teliti Cadangan Rakyat Untuk Bajet 2018


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kini meneliti kesemua 13,837 cadangan rakyat untuk bajet 2018.

Beliau berkata demikian menerusi akaun Twitternya.

“13,837 cadangan anda di sini. Saya akan teliti bersama @MOFmalaysia . InsyaAllah, sama-sama kita bentuk #Bajet2018 yg inklusif, beri manfaat kpd semua,” tulisnya.


Loading...

Terdahulu, Terdahulu, Orang ramai diajak supaya mengemukakan cadangan mereka untuk bajet 2018 menerusi laman web https://bajet2018.najibrazak.com.

Sementara itu, netizen menyambut baik tindakan Najib dan mengharapkan agar beliau tidak lupa membaca cadangan mereka seperti pengguna Twitter, Muhammad Firdaus.

“Datuk Seri jangan lupa baca cadangan saya,” tulisnya.

Turut berkata demikian adalah pengguna Twitter, Melissa Benidicta.

“Datuk Seri tolong mempertimbangkan masalah saya kerana saya amat menghormati DS. Berikan saya cahaya kehidupan untuk hari-hari mendatang, terima kasih,” tulisnya.

Bagi pengguna twitter, Norlida Mohd Yaacob pula mengharapkan proses berjalan dengan lancar.

“Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan Datuk Seri,” tulisnya.

-- Sinar Harian

No comments

Loading...