Header Ads

Loading...

PERBUATAN KHIANAT, LIMA KERETA MEWAH DISIMBAH ASID


ALOR SETAR: Sekurang-kurangnya lima kereta mewah disimbah cecair dipercayai asid di sebuah pusat membeli-belah dan kawasan berdekatan.

Beberapa gambar mengenai kerosakan kesemua kereta terbabit tular di Facebook.

Dua kereta, masing-masing BMW dan Honda Accord dirosakkan di kawasan parkir pusat membeli-belah pada Sabtu.

Tiga lagi kenderaan lain termasuk sebuah kereta Toyota Vellfire dan sebuah kereta Mercedes-Benz pula dirosakkan dekat pusat membelah-belah berkenaan pada Rabu dan Khamis lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Yazri Ismail berkata, seorang wanita berusia 42 tahun membuat laporan diterima pada pukul 12.10 pagi Ahad berhubung insiden tersebut, lapor mStar online.

"Di dalam laporan itu, wanita terbabit memberitahu dia meletakkan keretanya di kawasan parkir pusat membeli-belah dan mendapati ia telah disimbah asid pada kira-kira pukul 10 malam.

"Kes itu disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan kerosakan," katanya.

No comments

Loading...