Header Ads

Loading...

"Perangai Masih Tak Berubah" - Produksi Drama Terpaksa Gugurkan Fathia


KUALA LUMPUR, 16 Sept — Pelakon Nur Fathia Latiff digugurkan daripada membintangi drama Laluna kerana masalah disiplin.

Penerbit drama berkata Fathia, 30, datang lambat dan berada dalam keadaan tidak terurus ke set penggambaran, lapor mStar Online.

“Saya tahu dia memang ada masalah disiplin, saya beri peluang kerana dia pernah berjanji untuk buat yang terbaik namun perangainya masih tak berubah,” kata Norazah Sahud dari syarikat produksi TenView Sdn Bhd.

“Kami terpaksa membuat keputusan ini kerana tidak mahu menanggung akibat kerana baki penggambaran masih panjang lagi.”

Katanya pelakon filem wanita popular tahun lalu itu juga melarikan diri dari set penggambaran selepas ditegur tidak memberikan komitmen.

“Saya sudah berada dalam industri ini hampir 22 tahun dan telah menerbitkan banyak drama, ini kali pertama saya melayan ragam seorang artis yang paling bermasalah,” katanya.

Dalam pada itu, produksi sudah mempunyai beberapa calon pelakon yang akan menggantikan watak Luna yang sebelum ini disandang oleh Fathia.

Walau bagaimanapun, Norazah masih belum mahu mengumumkan pengganti untuk watak utama tersebut.

"Insya-Allah, penggambaran akan bermula Selasa depan dan beberapa babak yang dilakonkan oleh Fathia sebelum ini perlu dirakamkan semula oleh pelakon pengganti.

"Sebelum kami perlu tanggung kerugian yang lebih besar, lebih baik kami ganti orang lain secepat mungkin," katanya.





No comments

Loading...
loading...