Header Ads

Loading...

Pegawai Insurans Tumbuk Isteri Kedua Hingga Patah Rusuk

MOHD. NORZAIDI mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang semalam - Foto: Kosmo

AMPANG, 30 Sept ― Seorang wanita patah rusuk kiri selepas dipercayai ditumbuk suaminya di rumah mangsa di Taman Saga di sini, 21 September lalu.

Fara Sharmila Mohd Shariff, 29, selaku isteri kedua tertuduh, juga didakwa cuba ditakut-takutkan dengan sengaja oleh Mohd Norzaidi Mohamed, 30.

Namun lelaki terbabit mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas dua pertuduhan itu, yang dilakukan jam 7 pagi, lapor Kosmo!


Loading...

Tertuduh didakwa bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan dihukum bawah Seksyen 326A kanun sama, penjara maksimum tujuh tahun dan denda jika sabit.

Perunding tuntutan insurans kemalangan juga dituduh bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan, jika sabit dipenjara dua tahun, didenda atau kedua-duanya sekali.

Majistret membenarkan tertuduh, yang mempunyai lima anak, dijamin RM6,000 bagi kedua-dua pertuduhan dan dilarang mengganggu mangsa.

Mahkamah itu juga menetapkan 26 Oktober depan tarikh sebutan semula kes. Tertuduh diwakili peguam Kelvinder Singh.

No comments

Loading...
loading...