Header Ads

Loading...

PATUTNYA BOLEH BINCANG BUKAN LAPOR POLIS, KATA JAMAL

Foto: The Star Online

PUCHONG - Tindakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis terhadap Datuk Seri Jamal Md Yunos selepas beliau menyatakan hasrat mahu mengatasi masalah judi di Selangor didakwa sebagai pelik.

Jamal yang juga Pengerusi Persatuan Gabungan NGO Malaysia berkata, beliau tiada masalah jika ada pihak membuat laporan polis namun sekiranya mementingkan rakyat, pihak itu sepatutnya mengadakan perbincangan bersamanya.

"Sepatutnya boleh bincang, bukan lapor polis dan menyalahkan diri saya," katanya kepada Sinar Harian selepas menghadiri Program Sentuhan Kasih Aidiladha 2017, di Rumah Sentuhan Kasih Al-Qalam di sini, semalam.

Jamal yang juga Ketua Umno Sungai Besar berkata, baru-baru ini  hanya mengeluarkan kenyataan dan membuat gimik menghayun penukul memecahkan sebuah meja ketika sidang media di Ampang bagi menunjukkan tindakan bakal diambilya untuk menangani masalah perjudian di negeri ini, lapor sinar online lagi.

“Sepatutnya bila kami buat sidang media mengenai kegusaran peningkatan gejala mesin judi di Selangor, pemimpin NGO lain patut  sambut baik dan buat laporan berapa banyak kedai judi di kawasan masing-masing.

“Ini tidak.. ada pula yang buat laporan polis terhadap saya, bukan nak tuduh tapi saya bimbang mereka ini mungkin terlibat atau ada terima sesuatu daripada tauke-tauke judi,” katanya.

No comments

Loading...
loading...