Header Ads

Padah Berlagak Sangat Guna Kereta Curi Ke Sekolah, Pelajar Diberkas Polis

Datuk Azisman Alias (kanan) menunjukkan kereta Perodua MYVi yang dicuri dan digunakan seorang pelajar tingkatan empat ke sekolah selama seminggu. — Foto ihsan Facebook/Shogun IV Teefour

PADANG BESAR, 26 Sept — Seorang pelajar tingkatan empat mencuri kereta semata-mata untuk “melaram” dengan menggunakannya ke sekolah.

Suspek mencuri kereta Perodua Myvi di sebuah rumah di Kampung Bukit Keteri, Chuping pada 15 September lalu, lapor Utusan Online.

Ketua polis Perlis berkata suspek mengambil kunci di rumah itu sebelum menukar nombor pendaftaran kereta dan membawa kereta ke sekolah.


Loading...
“Bertindak atas maklumat, suspek berjaya diberkas setelah menggunakan kereta itu untuk tujuan ke sekolah selama seminggu,” kata Datuk Azisman Alias.

Mengikut Harian Metro, suspek yang ditahan 19 September lalu turut membawa kereta ke pusat tuisyen dan kerap membasuh kenderaan itu seolah-olah miliknya.

Beliau berkata pemilik kereta jarang berada di rumah kerana bekerja di Kedah dan hanya pulang pada hujung minggu.

No comments

Loading...