Header Ads

Makcik Petir Dalam Keadaan Kritikal


PELAKON drama, Noryati Taib berada dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru akibat jangkitan kuman dalam paru-paru dan diabetes.

Anak saudaranya yang juga pengarah dan penerbit drama, Shahrulezad Mohamedin ketika dihubungi berkata, pelakon itu mengalami sesak nafas semalam sebelum dikejarkan ke hospital.

Sharulezad berkata, minggu lalu Noryati menjalani pembedahan akibat komplikasi diabetes dan dibenarkan keluar hospital semalam.


Loading...
€Tiba-tiba semalam dia mengalami sesak nafas. Dia dibawa semula ke hospital dan doktor terpaksa meletakkannya dalam keadaan koma. Hari ini sepupu saya memaklumkan dia dalam keadaan kritikal,€ katanya kepada Harian Metro.

Noryati terkenal dengan gelaran Makcik Petir, Makcik Isabella dan Makcik Mary dalam drama lakonannya seperti Sindarela, SyurgaMu Ramadan, Dotty, Tari Tirana dan banyak lagi.

Noryati yang mula berlakon dalam drama Abang Mak Panggil Balik kerap berlakon dalam drama terbitan Radiusone Sdn Bhd milik Shahrulezad.

No comments

Loading...