Header Ads

Lelaki Maut Gara-Gara Tunggang Lawan Arus


BUTTERWORTH: Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya secara melawan arus dirempuh kereta berhampiran tol Jambatan Pulau Pinang, di sini, tengah hari tadi.

Dalam kemalangan di Kilometer 0.9 kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa, Ng Kong Cheong, 53, dari Taman Chai Leng, Perai, maut di lokasi kejadian akibat cedera parah pada kepala dan badan.


Loading...
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Abd Hamid, berkata kemalangan itu berlaku apabila pemandu kereta berusia 39 tahun gagal mengelak motosikal ditunggang mangsa yang datang dari arah bertentangan lapor Berita Harian.

"Akibatnya, pemandu kereta melanggar motosikal mangsa dari arah depan menyebabkan mangsa terjatuh dan cedera parah.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Bukit Mertajam (HBM) untuk bedah siasat dan keluarganya sudah dimaklumkan mengenai kejadian," katanya.

Nik Ros Azhan berkata, pihaknya masih menyiasat punca mangsa menunggang melawan arus dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

No comments

Loading...