Header Ads

Loading...

Lagi Kejadian Sekolah Tahfiz Terbakar, 37 Pelajar Terselamat

Keadaan asrama perempuan Yayasan As Sofa Astana Raja, Chengkau, yang terbakar awal pagi tadi. - Foto ihsan Bomba

TIGA pelajar sesak nafas manakala 34 lagi diselamatkan apabila asrama perempuan maahad tahfiz Yayasan Sofa Astana Raja terbakar, di Rembau, awal pagi ini.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima maklumat kejadian pada 1.50 pagi lapor My Metro.


Loading...
Memetik laporan Berita Harian Balai Bomba dan Penyelamat Tampin turut menghantar bantuan sebuah jentera dan tujuh anggota.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, kami dapati api marak di bangunan satu tingkat dan memadamkan kebakaran dalam tempoh 30 minit," katanya di sini, hari ini.

Norazam berkata, tiga pelajar yang menghidap asma mengalami sesak nafas dan dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban, untuk mendapatkan rawatan.

Katanya, ketika ini pihaknya masih menjalankan siasatan berkaitan punca kejadian. - Malaysian Update

No comments

Loading...