Header Ads

Loading...

"KITA BERSUARA SEKARANG DEMI ANAK CUCU MASA HADAPAN" - HASMAH

Foto: Karangkraf.com

KUALA LUMPUR - Wanita sering menjadi mangsa dalam apa jua keadaan, tidak kira sama ada dari segi politik mahupun isu lain.

Menyedari situasi itu, bekas isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali menasihatkan golongan wanita supaya membantah politik toksik yang semakin berleluasa kini.

"Wanita ini mempunyai banyak peranan, sebagai isteri, ibu, nenek, moyang dan juga sebagai ahli awam di dalam masyarakat.

"Wanita juga bertanggungjawab menjaga kebajikan semua orang, namun konflik yang berlaku kini amatlah membimbangkan kita.

"Justeru, kita sebagai wanita bantah politik toksik dan apa juga keganasan yang mencabar tahap asasi manusia," katanya ketika berucap pada perhimpunan 'Wanita Bantah Politik Toksik' di sini hari ini.

Beliau turutt menekankan tentang pentingnya wanita untuk bersuara pada hari ini.

"Kita bersuara hari ini bukanlah untuk diri kita sekrang tetapi juga demi anak cucu pada masa hadapan.

"Usaha kita pada hari ini adalah untuk memberi peluang pada anak cucu kita untuk hidup selesa dan tidak mirip pada keganasan.

"Lagipun, sebelum toksik masuk ke dalam badan, eloklah kita hentikannya," katanya.

Sementara itu, Siti Hasmah ketika ditemui berkata, beliau terharu dengan sambutan orang ramai terhadap perhimpunan itu.

"Saya seronok melihat ramai wanita hadir hari ini, terima kasih atas sokongan anda semua," katanya.

Foto: Free Malaysia Today 




No comments

Loading...
loading...