Header Ads

Loading...

Kes Cabul Jururawat, CEO Berpangkat Datuk Ditahan


SUBANG JAYA: Seorang Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat hartanah dan pelaburan terkemuka berpangkat Datuk ditahan selepas dipercayai terbabit mencabul seorang jururawat, di sini, Jumaat lalu.

Ketua Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata suspek ditahan selepas pihaknya menerima laporan daripada mangsa.

"Dalam kejadian jam 7.30 malam, mangsa, 19, yang bertugas sebagai jururawat di sebuah hospital swasta di Subang Jaya mendakwa dirinya dicabul oleh seorang pesakit ketika menjalankan tugas.

"Pesakit yang ketika itu sedang mendapatkan rawatan di hospital berkenaan didakwa telah memegang punggung dan payudaranya serta mencium pipi mangsa.

"Hasil siasatan, kita telah menahan suspek yang berusia 58 tahun, bekerja sebagai Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat hartanah dan pelaburan," katanya dalam satu kenyataan.

Fadzil berkata, suspek telah direman selama empat hari bagi membantu siasatan lapor BH online.

Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

No comments

Loading...