Header Ads

Loading...

Keputusan DNA mangsa kebakaran tahfiz petang esok - Jamil Khir


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyatakan keputusan paling awal ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas 23 mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Ujung pada pukul 3.30 petang esok.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata semua waris mangsa sudah memberikan DNA mereka.

“Waris terdekat telah serahkan DNA mereka, darah untuk dipadankan dengan jenazah yang sedang dalam proses bedah siasat yang dijalankan oleh pihak hospital,” katanya kepada pemberita selepas melawat keluarga mangsa kebakaran di Institut Perubatan Forensik Negara HKL.

Dalam kejadian awal pagi, seramai 23 orang pelajar dan tenaga pengajar di pusat tahfiz terbabit dilaporkan meninggal dunia selepas terperangkap dalam kebakaran yang berlaku pada jam 5.41 pagi tersebut.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas itu menyatakan ujian DNA ke atas 23 mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Ujung akan mengambil masa beberapa hari.

Mengulas lanjut, Jamil berkata sebarang keputusan lebih awal akan dimaklumkan oleh kerajaan kepada waris mangsa dan kepada masyarakat.

“Bagi waris-waris terdekat kita menyediakan penginapan mereka terutamanya penginapan dekat Hotel Putra, termasuk di (Hotel) Grand Season, bagi keperluan keluarga terdekat,” katanya.

Jamil dalam masa yang sama turut menyatakan sebahagian daripada jenazah mangsa kebakaran pusat tahfiz berkenaan akan dikebumikan di tanah perkuburan Raudhatul Sakinah, Batu Caves.

“Sekarang ini banyak jenazah akan ditempatkan di tempat yang sama dan ada waris yang memilih untuk ditempatkan (di tempat) masing-masing,” katanya. - Free Malaysia Today






No comments

Loading...
loading...