Header Ads

Loading...

INSIDEN 'STEERING LOCK', PEMANDU WANITA HADIR BERI KETERANGAN


PUCHONG - Wanita yang ‘menyerang’ seorang anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dengan besi pengunci stereng dan videonya tular di media sosial sejak Jumaat lalu tampil memberi keterangan berhubung kejadian kepada pihak polis, semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, wanita berusia lingkungan 40-an itu hadir bersama suaminya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) berusia lingkungan 50-an.

Menurutnya, kedua-duanya dirakam kenyataan di bawah Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) di pejabat pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang kira-kira jam 11 malam.

“Hasil semakan mendapati suami kepada wanita berkenaan memang mempunyai kad OKU yang sah namun pihak polis masih jalankan siasatan sama ada lelaki tersebut berada dalam kenderaan ketika kejadian berlaku.

“Kertas siasatan sedang dilengkapkan dan kami minta semua pihak memberi ruang untuk kita siasat kes ini sepenuhnya,” katanya.

Beliau dalam pada itu meminta kes tersebut tidak disensasikan berikutan wanita tersebut dan suaminya kini berada dalam keadaan tekanan selepas kejadian berlaku lapor sinar online.

Sebelum ini akhbar melaporkan anggota penguatkuasa tersebut membuat laporan polis berhubung penyebaran video merakam dirinya ‘diserang’ wanita berkenaan yang tular di laman media sosial.

Dalam video berdurasi  1.37 minit itu, wanita terbabit dirakam menjerit dengan keadaan marah sambil menghayun besi pengunci stereng kereta berulang kali ke arah anggota penguatkuasa yang bertugas.

Kejadian dilapor berlaku kira-kira jam 1 tengahari di pusat komersil Bandar Puteri ¼ di sini, Rabu lalu selepas anggota penguatkuasa mengambil tindakan mengunci tayar kenderaan milik wanita itu kerana kesalahan menghalang lalu lintas dan meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya.

No comments

Loading...
loading...