Header Ads

Loading...

Dituduh 'curi' duit, Pelajar tahfiz dipukul Dua Gurunya


BESUT - Seorang pelajar sebuah madrasah tahfiz di daerah ini terpaksa menerima rawatan di Hospital Besut kerana didakwa dipukul oleh dua gurunya selepas mangsa dituduh mencuri duit pelajar lain.

Mangsa berusia 12 tahun dikatakan bukan sahaja dipukul oleh guru  terbabit dengan rotan tetapi turut ditendang dalam kejadian kira -kira jam 11 malam semalam di madrasah tesebut.

Tindakan dua guru lelaki itu menyebabkan mangsa cedera di bahagian belakang badan dan lengan akibat dipukul suspek kerana tidak mengaku terbabit dalam kes curi itu.

Menurut waris mangsa yang enggan dikenali berkata, sebelum kejadian mangsa dipanggil dua gurunya sebelum diarah masuk ke bilik warden di masdrasah berkenaan.

Menurutnya, menurut laporan, dua guru terbabit menyoal mangsa mengenai kes kehilangan wang RM10 milik salah seorang pelajar lain tetapi mangsa menafikan terlibat menyebabkan dia dipukul.

"Mangsa kemudian memaklumkan kejadian kepada ahli keluarganya dan kemudian dia bersama ahli keluarganya itu pergi membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja sebelum dibawa ke Hospital Besut untuk rawatan lanjut bagaimanapun mangsa tidak mengalami kecederaan serius.

"Mangsa mengalami lebam-lebam di bahagian belakang badan dan tangan dipercayai akibat dipukul dengan rotan tesebut. - Sinar online

No comments

Loading...