Header Ads

Anggota JPJ Didenda, Penjara Terima Rasuah


SEREMBAN: Mahkamah Sesyen di sini hari ini, menjatuhkan hukuman denda RM10,000 dan penjara 14 hari terhadap seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana menerima rasuah empat tahun lalu.

Md Zamri Atan, 36, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap tertuduh di hadapan Hakim Fathiyah Idris.

Tertuduh didakwa menerima suapan RM1,000 daripada Ng Ken Hing sebagai upah untuk mempercepat dan mendapatkan laporan pemeriksaan kenderaan Perodua Myvi lapor Berita Harian.


Loading...
Kesalahan itu dilakukan di Bahagian Kejuruteraan Automotif JPJ Negeri Sembilan kira-kira jam 11 pagi, pada 15 Julai 2013.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama, dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun atau denda lima kali ganda nilai suapan.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nurdiyanah Mohd Nawawi manakala tertuduh diwakili peguam Shareen Rosli.

No comments

Loading...