Header Ads

Akibat Komplikasi Pembedahan, Datuk Maznah Hamid Dilaporkan Kritikal


KUALA LUMPUR - Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce Sdn Bhd, Datuk Maznah Hamid dilaporkan berada dalam keadaan kritikal berikutan berlaku komplikasi pendarahan dalaman selepas pembedahan jantung semalam.

Sumber terdekat keluarga memberitahu, ikon wanita itu melakukan pembedahan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) selepas dua saluran jantungnya mengalami masalah lapor Sinar Harian.


Loading...
"Selepas pembedahan pertama yang mengambil masa hampir enam jam itu selesai, beliau telah dibawa ke ICU (Unit Rawatan Rapi) tiba-tiba berlaku pendarahan dalaman.

"Pasukan perubatan terpaksa melakukan pembedahan kedua bagi menghentikan pendarahan dalaman itu. Pendarahan masih berlaku dan mereka masih memantau keadaan beliau," katanya.

Buat masa ini, Maznah lebih dikenali Iron Lady masih lagi dalam keadaan kritikal.

Sumber keluarga itu turut merayu kenalan dan orang ramai agar berdoa agar Maznah yang juga Exco Wanita Umno kembali pulih.

No comments

Loading...